Temui Duta Baca Indonesia – Najwa Shihab

0
23

Kepada yang mengikuti isu-isu politik Indonesia, sudah tentu anda sudah kenal dengan sosok Najwa Shihab. Beliau yang popular dengan ‘talk show’ Mata Najwa yang ke udara sejak 2009 adalah seorang yang begitu tajam fikiran ketika bertanyakan soalan kepada tetamu-tetamu beliau.

Selepas 7 tahun, Najwa mengumumkan berakhirnya rancangan Mata Najwa dengan episod terakhir diisi dengan wawancara beliau bersama Novel Baswedan pada 26 Julai 2017 yang lalu. Secara rasmi ia berakhir pada ogos 2017 dengan episod #throwback ‘Catatan Tanpa Titik’.

Najwa yang berkata mahu untuk mengambil ‘jeda’ iaitu sebuah perhentian yang seketika selepas berkhidmat selama 17 tahun di Metro TV dan menjadi wartawan pertama di stesen televisyen itu. Tiada siapa tahu adakah Najwa akan kembali lagi menjadi presenter di TV.

Pelbagai spekulasi tersebar tentang tamatnya rancangan Mata Najwa itu. Beliau dipecat atau ditekan selepas membuat liputan tentang Novel Baswedan. Suryopratomo atau lebih dekat dengan sapaan Tommy, Presiden & Pengarah Metro TV berkata, penamatan ini merupakan pilihan Najwa Shihab sendiri. “Sekarang dia ingin mencoba perjalanan baru. Jadi bukan dihentikan, tapi pilihannya.”

Selepas tamat dengan rancangan Mata Najwa di TV, Najwa kini lebih aktif kearah media digital. Saluran Najwa Shihab di youtube menjadi aktif kembali. Beliau mengaturkan sebuah tim yang cerdas untuk menggerakkan pertanyaan-pertanyaan baru Najwa Shihab kepada tetamu-tetamu beliau di youtube.

kompas.com

Dalam masa hanya 3 bulan beliau aktif kembali di youtube, pengikutnya sudah mencecah 175k. Semalam beliau menerima Silver Button dari youtube yang diserahkan sendiri oleh Tony Keusgen, Managing Director Google Indonesia di acara Google Year in Search 2017 di Jakarta.

Najwa kekal sebagai Najwa yang sama. Tajam pertanyaan, cerdas, bijak menyusun kata dan cantik. Beliau adalah anak kedua Prof. Dr. Quraish Shihab dan lahir di Makassar. Sering disapa dengan panggilan Nana, ramai tertunggu-tunggu ‘Catatan Najwa’ yang akan disampaikan oleh beliau.

Betapa pentingnya Catatan Najwa, Joko Pinorbo pernah mengungkapkan, “Ketika ayat-ayat Najwa dibukukan, kita dapat melihat kembali peta persoalan yang menghiasi tubuh bangsa ini.”

Anwar Ibrahim ketika dijemput di rancangan Mata Najwa

Dari Malaysia, Anwar Ibrahim pernah dijemput oleh Najwa di rancangan Mata Najwa untuk episod ‘Habibie Hari Ini’. beliau juga pernah membongkarkan penjara VIP dalam episod ‘Penjara Istimewa’ yang diduduki oleh Lapas Sukamiskin dan Rutan Cipinang.

Beliau dilantik sebagai Duta Baca Indonesia 2016-2020. Beliau menandatangani persetujuan itu pada 1 Mac 2016 di Perpustakaan Nasional Indonesia. Beliau dilihat bakal memotivasi minat baca masyarakat kepada seluruh warga Indonesia.

“Tugas yang menantang karena tradisi dan minat membaca kita yang masih lemah. Tapi saya percaya cuma perlu satu buku untuk jatuh cinta pada membaca. Cuma satu buku. Cari buku itu. Mari jatuh cinta teman-teman” – Najwa Shihab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here