Perpustakaan di China Ini Akan Membuatkan Anda Teruja dengan 1.2 Juta Buku dan Seni Bina Yang Kreatif

0
46
boredpanda

China sekali lagi membuatkan bangunan mereka mendapat perhatian dunia. Bangunan ini adalah sebuah perpustakaan yang memuatkan 1.2 juta buku.  Mereka mempunyai struktur yang luar biasa dengan auditorium sfera di tengah yang kelihatan seperti mata gergasi.


Perpustakaan ini terletak di Tianjin, Binhai, China. Perpustakaan lima tingkat ini direka oleh firma reka bentuk dari Belanda – MVRDV dengan kerjasama Institut Perancangan dan Rekabentuk Bandar Tianjin (TUPDI) dan sejak itu dikenali sebagai “The Eye of Binhai” – lapor boredpanda.

Bangunan yang merangkumi 34,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 1.2 juta buku ini mengambil masa hanya tiga tahun untuk disiapkan. Ia menetapkan ruang bacaan di tingkat bawah, ruang istirehat di bahagian tengah serta ruang pejabat, bilik pertemuan, pusat komputer/audio di bahagia atas.

Sebelum ini, MVRDV mendapat perhatian dengan rekaan-rekaan mereka yang kreatif. Seperti tangga gergasi dan mall di Rotterdam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here