Nak Tahu Kedudukan Ekonomi Malaysia? Sila Baca Buku Ini

0
77

Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia adalah buku yang diterjemahkan dari buku asalnya yang ditulis dalam bahasa Inggeris- ditulis oleh Dr. Muhammed Abdul Khalid, The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia. Versi inggeris nya diterbitkan pada tahun 2014 lalu oleh MPH Publisher.

Tulisan Dr. Muhammed Abdul Khalid ini dilihat sebagai sebuah buku yang mencabar masa kini dan agak tuntas dalam membincangkan perihal kedudukan ekonomi Malaysia sekarang. Penjelasan pola dan corak bagaimana ekonomi Malaysia dimualakan sejak era sebelum penjajahan dan masuk ke era penjajahan yang menyebabkan komuniti kita dipecahkan mengikut pecahan ekonomi masing-masing. Seperti Melayu sebagai petani, cina- pelombong dan india di ladang getah.

Dalam prakata, ini menarik untuk dipetik,

“Adalah penting untuk diingatkan bahawa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (sepanjang tempoh 2004-2009) jurang pendapatan antara kaum Cina dan kaum Bumiputera telah berkurang sebanyak 50%.”

Era Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah era yang kurang dibincangkan dan jarang dipandang oleh penganalisis populis. Sedangkan beliau telah mengecilkan jurang pendapatan.

Penulis banyak membincangkan tentang jurang kekayaan dan jurang pendapatan. Bagi beliau, jurang ini penting untuk dilihat. Makin besar jurang makin bahaya untuk sesebuah negara itu kerana golongan pertengahan semakin sedikit dan makin tidak stabil.

Ada 3 faktor utama yang disebut oleh penulis, yang membawa kepada berlakunya jurang: (1) struktur cukai, (2) polisi pendidikan dan (3) harga aset. Tambah beliau lagi,

“Struktur cukai dan harga aset yang dilaksanakan kini amat menyebelahi orang kaya. sementara itu, polisi pendidikan semasa memberi kesan buruk terhadap orang miskin.” – halaman 204.

Dr. Muhammed Abdul Khalid menjadi viral selepas rakaman beliau di rancangan tv3 dan tv1 tersebar di media sosial apabila beliau mengulas pra dan pasca pembentangan Bajet 2018 dan juga isu MRSM yang disentuh oleh beliau. Semua terkejut kerana ahli akademik seperti beliau boleh terlepas untuk dijemput di saluran tv milik kerajaan.

http://www.youtube.com/watch?v=VVptovB0Nss

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here