Filem Hujan Bulan Juni Indah dengan Puisi Pak Sapardi & Menebar Toleransi

0
78

Mungkin kalau filem Hujan Bulan Juni yang diangkat dari karya Pak Sapardi ini, bila ditayang di Malaysia akan mengundang kontroversi. Iaitu kisah cinta beza agama antara Sarwono, lelaki asal jawa dan beragama Islam. Manakala, Pingkan, wanita asal Manado-solo yang beragama kristian.

Cinta beza agama ini diangkat dengan begitu tenang dan nyaman sekali dalam Hujan Bulan Juni ini. Sama seperti yang dimainkan oleh Reza Nangin dan Agni Pratistha dalam filem ‘Cinta Tapi Beda’ karya Hanung tahun 2012 yang lalu.

Poster filem Cinta Tapi Beda, arahan Hanung Bramantyo

Cuma karya Hanung itu, cintanya lebih merusuh di pertengahan filem kerana terhalang oleh seorang bapak asli jogja yang kuat agama Islamnya. Tapi sikap seorang ibu dalam filem ini menarik untuk difokus. Watak yang tenang dan menerima bakal menantunya itu dengan sikap yang berhemah. Seperti tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur.

Tapi dalam Hujan Bulan Juni, yang dimainkan oleh Adipati Dolken dan Velove Vexia sangat tenang. Cinta mereka tiada halangan yang terbesar apa pun, kecuali cuma tidak dipersetujui oleh ibu saudaranya yang tidak mahu budaya Manado itu hilang apabila dinikahi orang jawa. (Seperti orang Kelantan yang nak anaknya kahwin dengan orang Kelantan saja. Haha).

“Kita mahu berselfie di depan patung jesus ini”
“Kenapa? Kamu tidak mahu kerana ini patung jesus”
“Bukan kerana jesus, tapi kerana ini patung. Simpanlah senyum mu itu apabila bertemu dengan jesus yang sebenar nanti.”

Hujan Bulan Juni tidak menyimpan cuma puisi-puisi Pak Sapardi yang terkarang indah. Tapi juga punya hal yang besar tentang toleransi yang mahu diajarkan.

Sapardi Djoko Damono (kredit foro: AlineaTV)

Jajang C. Noer juga berlakon dalam filem ini. Beliau antara pelakon senior yang begitu berbakat dalam apa saja dialek bahasa di Indonesia. Dalam filem ini beliau menjadi wanita jawa-ibu kepada Sarwono.

Sebelum ini dalam filem Cinta tapi Beda, beliau memegang watak sebagai ibu yang berasal dari padang dan beragama kristian. Dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, beliau juga menjadi wanita muslim dari padang, ibu saudara kepada Zainuddin.

Jajang C. Noer

Pernah juga menjadi orang asal Maluku dalam filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku. Orang belitong dalam Laskar Pelangi. Juga dalam filem Filosofi Kopi dan tahun lepas dalam filem Athirah (Emma’).

Berbalik kepada isu toleransi dan beza agama ini, Pengakhiran Hujan Bulan Juni- penulis lakon layarnya tetap tidak mengkonklusi cinta ini. Ia ditutup dengan cinta yang hanya difahami oleh Pingkan dan Sarwono dalam ruang kedap suara milik mereka berdua sahaja.

Adipati Dolken dan Velove Vexia dalam salah satu scene filem Hujan Bulan Juni

Juga, Hanung Bramantyo dalam Cinta tapi Beda tetap juga tidak berani untuk menyelesaikan filem dengan sebuah konklusi pernikahan beza agama. Walaupun mereka berani untuk angkat isu ini, tetapi konklusiya tetap disimpan di dalam hati saja. Jadi penontot harus membahasnya mengikut kefahaman akal masing-masing yang sudah dikurniakan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here