Hashtag #SelamatTinggalTerfaktab Tanda Solidariti

0
60

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan buku, Terfaktab Media semalam mengumumkan untuk menutup operasi penerbitan mereka pada akhir Disember 2017 ini.

Keputusan ini dibuat sebulat suara oleh anggota dan wargakerja Terfaktab Media. Kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing menjadi sebab mereka memutuskan dengan keputusan ini. – Tulis mereka di facebook.

MAKLUMAN & HEBAHANPada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun…

Posted by Terfaktab on Tuesday, 31 October 2017

Terfaktab bermula sejak 2010. Perkataan Terfaktab diambil dari singkatan TERas FAKulti & TABloid. Mereka adalah rumah penerbitan yang menerbitankan buku-buku berbentuk penulisan kreatif, novel panjang, esei bukan fiksyen, dan puisi.

Syazrul Aqram

Syazrul Aqram, CEO merangkap Ketua Editor Terfaktab, dalam status facebooknya hari ini berkongsi perasaan hiba terhadap keputusan yang terpaksa beliau ambil untuk masa depan Terfaktab yang masih berbaki dua bulan sebelum tamatnya pada penghujung tahun ini.

Berikan sedikit masa buat diriku yang masih terdiam, 
bagai terhenti nafas, 
seakan masa terlalu laju untuk dikejar,
sepertinya ruang semakin sempit.
Untuk diri ini menerima kenyataan,
mengucapkan selamat tinggal kepada permata yang kusayang.

Dua purnama sahaja yang tinggal,
yang kita ada untuk bersama, 
sebelum berpisah.

Perpisahan ini perit kerana diriku tahu bila dan di mana kita akan berpisah.

Dua purnama ini kutekad untuk menjaga dirimu sebaik mungkin, menyayangimu sepenuh hati dan yang paling penting, 
apa saja yang tersisa dari dirimu, 
akan kuselamatkan dan simpan sebagai kenangan buat diriku di hari tua.

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dalam hidupku.

#SelamatTinggalTerfaktab

Buku-buku yang diterbitkan oleh Terfaktab telah banyak mendapat tempat di hati pembaca dan juga telah melawan arus kebiasaan dengan menerbitkan kisah-kisah marginal yang tidak dilihat oleh kelompok arus perdana. seperti buku, Mak Nyah karya Regina Ibrahim.

Foto, facebook Terfaktab

3 buah karya dari penulis Misteri: Cik Srikandi, Renteka Sekalian Bijasura (2017), Baiduri Segala Permaisuri (2016) dan Emas Para Dapunta dan Maharaja (2015) juga diterbitkan oleh Terfaktab dan mendapat sambutan yang hangat dari kalangan pembaca muda.

Karya lain yang popular diterbitkan oleh mereka antaranya: Semoga Tuhan Merahmati Sains, iaitu sebuah buku untuk memudahkan pembaca faham tentang Fizik dan Sains dan juga novel Inggeris The Boy Who Lost His Sight.

Hashtag #SelamatTinggalTerfaktab ditweet di twitter dan media sosial yang lain sebagai tanda solidariti dan menyatakan empati.

https://twitter.com/naotazaki/status/925588036921913344

Dalam tempoh dua bulan ini, Terfaktab berkempen GOOD BYE SALE dengan menjual semua stok buku-buku mereka dengan harga RM10 satu. Anda boleh memberi sokongan terakhir kepada mereka dengan membeli buku-buku yang sudah mereka hasilkan dengan prinsip “Bikin Buku Bagus.”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here