Sudut Kamera Terbaik Kabir Bhatia Dalam Bisik Pada Langit

0
52

Ada dua pengarah yang aku suka teknik arahan dan angle kamera yang selalu dua pengarah ni guna. (1) Rashid Sibir (2) Kabir Bhatia. Aku kenal karya Rashid Sibir dahulu sebelum Kabir sebab drama dan telemovie beliau banyak main di tv sekitar tahun 2003-2006.

Aku start kenal Khabir Bhatia bila Nur Kasih (2009) meletop. Dari situ aku mula start follow karya-karya Kabir Bhatia.

Kita tinggal dulu pasal Rashid Sibir dan karya-karya Kabir sebelum ini. Hari ni kita nak bercakap pasal #BisikPadaLangit yang baru masuk hari ke-4 tayangan di pawagam.

Pertama, angle kamera Kabir masih sama. Gosh! Kita boleh tengok pada jambatan buruk yang diambil dari belakang Hajar dan ayahnya masa memancing dan ketika ayahnya pergi balik ke jambatan tu untuk mengimbau memori dia dengan Hajar bila dapat tahu Hajar sudah meninggal. Masuk dengan lagu Lygophobia dari Akim & The Majistret (ost #BisikPadaLangit) boleh tercurah air mata wei. Ya! Sudah tercurah sebenarnya…

Kita tengok juga angle kamera Kabir pada scene Nab tengah berbincang dengan ipar duai pasal perjalanan nak pergi ke Australia melawat Hajar. Kabir ambil sudut dari atas untuk fokus shoot mata Nab, peluh kecil dan gerakan tangan. Dari angle ini saja tanpa dialog tergambar kegelisahan dari dalam hati Nab antara percaya kepada suaminya atau mendengar nasihat dari ipar duai. Power!

Kita tengok scene Ayah Hajar (Jalil Hamid) bercakap dengan abangnya. Shoot kamera fokus kepada muka dan separuh badan Jalil Hamid, di kanan ada Zaidi (Beto), kiri ada Iqram (Naim) dan jauh kebelakang ada Nab (Fadilah Mansor). Dalam beberapa saat satu shoot tanpa dialog ini dengan kedudukan freezing dan permainan anak mata Jalil Hamid sudah cukup menggambarkan keseluruhan emosi keluarga ini pada ketika itu.

Kedua, dialog. Dalam banyak-banyak dialog, yang paling power ada satu. Bila Beto keluar dari kereta lepas pulang dari teman ayahnya jual tanah kepada tauke untuk buat duit pergi Australia melawat Hajar. Maksud dialognya jelas, setiap anak ada kelebihan masing-masing yang patut seorang ayah buka matanya dan melihat kekuatan setiap anak dengan lebih luas. “Bukan semua orang boleh menjadi seperti Hajar”

Ketiga, watak Iqram. Aku rasa Iqram adalah watak marginal dalam filem ni. Kita dapat rasa bagaimana menjadi seperti Iqram apabila bakatnya tidak dipedulikan dan rasa tersisih. Dalam masa yang sama Iqram kuat bersabar juga sebenarnya, kalau tidak sabar mungkin dah lama Iqram keluar kampung pergi hijrah atau jadi budak gengster yang tiada pedoman budi.

Dalam mana-mana keluarga di Malaysia, ada anak seperti Zaidi, Hajar dan Iqram. Ketiga-tiganya berkorban untuk keluarga dalam sudut pandang dan nikmat yang berbeza. Ayah yang egois lakonan Jalil Hamid dan Ibu yang sentiasa cuba untuk bertenang memberi kejayaan untuk produksi ini akhirnya berjaya diangkat menjadi filem layar lebar dari idea asal hanya sebuah telemovie 45 minit.

Aku bagi 9.8/10 sebab ada 2 kesalahan yang sangat jelas ada dalam filem ni. (1) Jalil Hamid guna Telefon Nokia 3310 tapi bila call masuk, bunyi ringtone iphone. (2) Masa Nab turun tangga bila suaminya dapat panggilan telefon dari Irwan nak bagitahu Hajar masuk hospital sebab kemalangan. Angle kamera belakang Nab dah duduk disisi suaminya atas bangku tapi bila beralih kamera angle depan Nab masih berdiri. Silap besar dan sangat jelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here