Industri Drama & Filem Malaysia Lemah? Ini Pandangan Umie Aida

0
14

Umie Aida (44), pelakon senior yang banyak menjayakan beberapa filem dan drama besar di Malaysia tidak bersetuju dengan industri drama dan filem Malaysia yang banyak memilih rupa berbanding bakat dalam mempersembahkan sesebuah drama.

Tambah beliau lagi, kejadian memilih artis yang mempunyai rupa paras yang elok atau followers lebih ramai di Instagram akan membuatkan lama kelamaan bakat akan menjadi sesuatu yang dipinggir. Dalam masalah skrip juga kata beliau sekarang tidak ada lagi skrip reading sebelum sesi rakaman diadakan.

“Jika skrip biasa-biasa, ambil pelakon yang biasa-biasa nanti karya juga tidak akan menjadi karya yang besar.” Beliau berkata ini dalam rancangan Ye Ke? yang dihoskan oleh Fauziah Ahmad Daud dan AG yang mengupas tajuk Hero & Heroin Malaya.

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali merupakan seorang aktres terkenal di Malaysia yang juga bergelar penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan. Dilahirkan pada 18 Januari 1974 di Kuala Lumpur. Umie memulakan karier lakonan ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Filem Embun (2002)

Beliau pernah 3 kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin. Manakala di layarperak,beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem “Embun” (2002) dan “Sembunyi: Amukan Azazil” (2013) . Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik.

http://www.youtube.com/watch?v=YJ65deUyoQs

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here