Saimdang, Light’s Diary : Drama Terbaik Korea 2017

0
19

Saimdang, Light’s Diary adalah drama yang boleh kita senaraikan antara drama terbaik korea untuk tahun 2017. Drama yang mengangkat sejarah sebagai beban kes adalah sesuatu yang sangat mengujakan untuk ditonton dari episod pertama sehinggalah episod akhir.

Saimdang atau Shin Saimdang adakah tokoh yang wujud dalam sejarah panjang Korea (sebelumnya Joseon). Beliau adalah wanita pertama Korea yang diabadikan di mata wang korea 50,000 won – kerana jasa dan pengorbanan beliau yang begitu besar kepada Korea. Ini membuang stereotaip seksis mengenai peranan wanita dan sumbangan yang mereka dapat berikan kepada negara.

Sin Saimdang (申 師 任 堂, 29 Oktober 1504 – 17 Mei 1551) adalah seorang artis Korea, penulis, ahli kaligrafi, dan penyair. Beliau adalah ibu kepada sarjana Confucian Korea, Yi I. Selalunya diabadikan sebagai model cita-cita Confucian. Saimdang digelar dengan gelaran Eojin Eomeoni (어진 어머니; “Ibu Bijaksana”).

Drama ini mengisahkan Pensyarah sejarah seni Korea (lakonan mantap Lee Young-ae) telah menemui buku harian seorang tokoh sejarah, dan membongkar rahsia potret misteri yang membantu beliau menemui semula kehidupan Shin Saimdang yang luar biasa (juga dilakonkan oleh Lee Young-ae), seorang penyair terkenal dan Artis di zaman Joseon (empire sebelum terwujudnya empire Korea pada Oktober 1897).

Banyak scene menarik yang diangkat sehingga menyedarkan kepada kita tentang beberapa perkara. Kekejaman kerajaan dan raja, penindasan kepada rakyat miskin, budaya dan seni.

Liku-liku Saimdang dalam drama ini amat memeritkan. Walaupun sebahagiannya adalah fiksyen tetapi kru produksi berjaya membuat romantisme terhadap Shim Saimdang dengan begitu baik.

Mungkin satu sahaja yang tidak berapa bagus, iaitu pada episod ke 27 – scene di Gunung Kumgang. CGI yang digunakan nampak begitu tidak real sehingga kita kurang merasakan kesusahan Saimdang untuk sampai ke puncak dan mula melukis.

Kisah cinta Saimdang dengan Lee Gyeom adalah penghubung yang menjalinkan episod demi episod dengan begitu luar biasa. Sehingga akhir mereka hanya simpan cinta dan perasaan untuk diri sendiri sahaja. Keperitan Lee Gyeom yang membujang demi Saimdang dapat kita rasanya dengan begitu kukuh dan utuh. Sehingga akhirnya Saimdang memilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya berbanding mengikat kembali ikatan cinta mereka.

Saya suka untuk memilih Saimdang sebagai simbol feminis contoh. Kesopanan beliau yang begitu tinggi. Keilmuan beliau dalam Confucian yang sangat mendalam. Sehingga beliau menjadi ketakutan kepada pemerintah dan Raja kerana berjaya menjadi ‘Raja di mata rakyat miskin Joseon’ pada ketika itu.

Saimdang, Light’s Diary adalah drama yang boleh kita senaraikan antara drama terbaik korea untuk tahun 2017. Drama yang mengangkat sejarah sebagai beban kes adalah sesuatu yang sangat mengujakan untuk ditonton dari episod pertama sehinggalah episod akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here