Benarkah Industri Ebook Mustahil Untuk Berkembang di Malaysia?

0
36

Mustahil industri ebook akan berkembang di Malaysia. Trend membaca ebook belum ketara, gergasi dunia seperti Google, Amazon dan Kobo juga tidak berminat dengan industri ebook di Malaysia. Para penerbit juga belum terasa ada keperluan untuk fokus kepada ebook yang belum nampak untungnya di mana.

pixabay.com

Inilah anggapan ramai penerbit, pemerhati dan pemain utama dalam industri buku Malaysia. Namun, ini adalah cerita lama, 6 tahun dahulu. Segala-galanya berubah dengan pantas.

Google Play Books kini memandang serius industri ebook di Malaysia. Mereka agresif menjalinkan kerjasama dengan penerbit di Malaysia. Mereka juga berkongsi data jualan dan trend pembelian ebook yang semakin ketara. Satu perkembangan yang cepat dan bagus untuk Malaysia.

Selain Google Play Books yang memainkan peranan utama, kita juga ada e-sentral iaitu pemain paling lama yang mempunyai katalog e-book lokal yang paling banyak, melebihi 10 ribu tajuk. Begitu juga dengan Kakibuku.com, Book Capital yang dikendalikan oleh Perbadanan Kota Buku dan juga Lazada ebook. Maksudnya pembaca kini lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada buku digital.

Arief Hakim Sani, Pengarah Urusan PTS Media Group

Menurut Pengarah Urusan PTS, En Arief Hakim Sani, PTS sedang berusaha untuk memperbanyakkan jumlah tajuk dan juga menambah jumlah kedai ebook, untuk memberikan pelbagai pilihan kepada pembaca. Ini adalah strategi PTS bagi menyediakan konten PTS dalam pelbagai skrin dan format untuk kemudahan pembaca hari ini. Langkah ini dijangka akan membuka saluran pendapatan baru untuk pengarang-pengarang PTS di masa depan.

PTS dalam surveynya baru-baru ini memberikan jawapan dan tanggapan baru terhadap penerima pembaca Malaysia terhadap buku digital. 78% dari kalangan pembeli dan pembaca buku masih mahu kekal dengan buku bercetak pada tahun-tahun akan datang. Manakala, 22% lagi berminat dengan buku digital, e-book.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here