Filem Transcendence Yang Sangat Mengujakan

0
21

Filem Transcendence yang ditayangkan pada tahun 2014 ini begitu mengujakan untuk ditonton sehingga tamat. Premis filem ini mudah, iaitu perkataan Transcendence ini sendiri, yang membawa maksud kewujudan atau pengalaman di luar tahap normal atau fizikal manusia.

Ketika filem ini keluar pada tahun 2014, saya masih menetap di Kelantan yang semua sedia maklum, di sana tidak mempunyai akses untuk menonton wayang. Sehinggalah hari isnin lalu saya dapat menontonnya melalui aplikasi iflix. Terima kasih iflix.

Kenapa filem ini begitu mengujakan? Pertama kerana, ia bercakap mengenai teknologi, sains dan manusia. Bagaimana dalam masa 5 tahun, teknologi mengubah kondisi manusia dengan sekelip mata.

bsnscb.com

Trancendence bercerita mengenai Dr. Will Caster (Johnny Depp) yang sedang melakukan eksperimen yang sangat kontroversi untuk mencipta mesin yang berpotensi mempunyai kecerdasan yang sangat laju. Tetapi ada puak yang tidak bersetuju dengan idea eksperimen ini, dan cuba untuk membunuh beliau. Mereka secara tidak sengaja menjadi pemangkin baginya untuk berjaya.

bsnscb.com

Isterinya, Evelyn (Rebecca Hall), dan sahabatnya, Max (Paul Bettany) berusaha untuk memuat naik otak Dr. Will sebelum beliau meninggal dunia kedalam komputer dan menyambungkannya kepada internet.

Kemudian, mereka hanya dapat melihat Dr. Will sebagai mesin yang hauskan pengetahuan untuk berkembang menjadi kuasa yang mutlak (atau menjadi Tuhan). Isterinya menyedari mustahil untuk menghentikannya sekarang.

Rata-rata filem sains fiksyen yang mengangkat tema teknologi dan sains sering mengkedepan satu persoalan yang sama iaitu bagaimana teknologi akan digunakan kepada perkara yang baik dan buruk atau bagaimana masa depan manusia akan terjadi dengan tekonologi yang tersedia? Adakah ia dapat mencegah peperangan atau membina masa depan yang lebih baik?

Kuote yang paling menarik dan sering diulang dalam filem ini adalah “Manusia akan takut kepada perkara yang mereka tidak mempunyai pengetahuan keatasnya.”

Ada 3 ketakutan yang ditunjukkan dalam filem ini. Pertama ketakutan dari pihak pemerintah. Mereka melihat Dr. Will sedang membina bala tentera selepas berjaya membantu ramai orang dan membuat pembedahan kecil untuk mengawal mereka dari satu sistem apabila sesuatu berlaku.

bsnscb.com

Kedua, dari pihak akademik. Joseph Tagger (Morgan Freeman) teman eksperimen Dr. Will yang menolak hasil pembinaan pusat kajian sains yang dibangunkan oleh Dr. Will dan isteri selepas merasakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal dapat diwujudkan dalam masa 2 ke 3 tahun sahaja dan menyelesaikan konklusi sains dengan mudah.

Ketiga, ketakutan dari dalam diri seorang isteri yang ingin menyelamatkan memori suaminya akhirnya menjadi satu kisah ngeri. Akhirnya Dr. Will dapat membangunkan semula diri beliau dengan jasad yang baru hasil ciptaannya.

Jika beban kandungan filem ini ada asasnya, ini suatu yang baik untuk masa depan kita. Teknologi dan sains membawa beban bukti kepada manusia yang 2 pengetahuan ini akan membantu menyelamatkan ekosistem bumi dan diri manusia sendiri yang semakin rosak hasil dari perbuatan kita sendiri sehari-hari.

Tetapi persoalan etika dalam bidang sains kita tidak dapat tinggalkan. Dr. Will sudah meninggalkan etika semata-mata kejayaan beliau dalam mendapatkan hasil sainstifik. Mungkin etika adalah sesuatu yang penting untuk manusia hari ini. Melalui etika, kita dapat terjemahkan sebuah masyarakat yang lebih baik. Tanpa etika, manusia mudah merosakkan alam sekitar, ahli politik semakin dahagakan kuasa, dan negara bakal musnah dengan kemunduran dan penindasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here