Majalah Travel Yang Patut Anda Beli Setiap Bulan

0
34

Semua orang nak pergi melancong. Tidak kira melancong dengan bajet rendah yang disebut sebagai ‘backpacker’ atau melancong dengan bajet tinggi. Semua ikut bajet masing-masing. Bagi sesetengah orang, mereka pergi melancong bukan sahaja untuk pergi bersuka ria untuk shopping atau party, golongan ini sering menggelarkan diri mereka sebagai ‘backpacker’.

Mereka pergi ke sesebuah kawasan dengan hanya satu beg galas yang besar, mendekati masyarakat dan menikmati suasana seperti masyarakat setempat. Mereka melancong dengan bajet yang minimum tetapi membawa pulang suatu pengalaman yang jarang orang lain boleh membawa pulang dan berkongsi.

pixabay.com

Pertama kali saya keluar jauh dari Malaysia ialah pada umur 21 tahun – 2015. Secara tiba-tiba saya merancang untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Dalam masa seminggu saya sempat kumpulkan duit RM500 dan pergi ke Bangok. Menaiki bas dari kota bharu, kelantan terus ke Butterworth, Penang pada pukul 10 malam.

Sempatlah pusing-pusing di Penang dengan naik bas free – rapidPenang. Pukul 2petang pula naik keretapi dari Butterworth sampai lah ke Bangkok yang mengambil masa selama 23jam. Perasaan waktu itu sangat gembira, sebab boleh pergi keluar dengan satu beg galas besar dan menggunakan duit sendiri. Oh, duit tu hasil saya jual buku-buku lama saya.

Saya juga penggemar pembaca majalah travel. Dari situ kita boleh merancang perjalanan kita seterusnya dan meneroka tempat baru. Berkenal dengan jurugambar yang berkongsi gambar-gambar mereka di dalam majalah dan juga para traveller yang menulis kisah pengalaman penggembaraan mereka.

Majalah Asian Geographic antara majalah yang sangat bagus untuk dibeli dan dibaca. Dengan tagline ‘Asia Without Borders’ mereka memaparkan isu yang menarik perhatian saya. Cover isu yang diangkat sering sesuatu isu yang baru dan paparan gambar dari jurufoto yang sangat bergaya dan lawa.

Walaupun ia sebuah majalah travel, tetapi isu yang diangkat sangat luar biasa. Majalah ini pernah mengetengahkan isu ‘India’s Pink War‘ – The fight against women’s violence yang ditulis oleh Zigor Aldama.

Travel adalah ‘deep work’. Mendalam sampai ke isu setempat kita boleh meneroka dan mengangkat isu tersebut kepada dunia. Sebab, kadang-kadang ada sesetengah isu yang penting tetapi ia tidak menjadi global kerana kurangnya media yang cover cerita itu. Jadi penggembara/traveller perlu menjadi penghubung masyarakat kepada global. Sekeping gambar yang diambil ketika anda travel tidak dapat dibayangkan betapa ia mempunyai begitu banyak manfaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here