Penyanyi ‘Despacito’ Hentam Presiden Venezuela

0
31

Ahad lalu, dalam kempen Presiden Venezuela, Nicolas Maduro untuk merombak dan mengubah perlembagaan Venezuela yang sedia ada, beliau membuat remix baru keatas lagu popular ‘Despacito’ nyanyian asal Luis Fonsi dan Daddy Yankee.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ketika dia tiba untuk acara dengan penyokong di Caracas, Venezuela, July 20, 2017. Miraflores Palace/Handout via REUTERS

“For the unity and peace of our country,” remix bermula dengan, “The constituent assembly moves forward.” – ini antara rangkap lirik yang dinyayikan oleh Nicolas Maduro dalam ucapan kempen tersebut.

Fonsi memberi maklum balas di twitter pada Isnin dengan memberitahu yang lagunya ini untuk dinikmati oleh pendengar dan tidak boleh digunakan sebagai propaganda untuk memanipulasi rakyat awam.

Dalam kenyataannya itu, Fonsi juga mengherdik Nicolas Maduro, “Apa yang boleh anda harapkan daripada seseorang yang telah merompak kehidupan orang muda yang penuh dengan mimpi?”

Penyokong pembangkang mengambil bahagian dalam perhimpunan menentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Caracas, Venezuela. REUTERS/Carlos Garcia Rawlins

Pada khamis lalu, Dua orang telah terkorban dalam serangan yang berlaku antara rakyat dan pihak kerajaan di Venezuela. Mereka yang berhimpun pada ketika itu untuk menghalang perlembagaan dirombak semula oleh pihak kerajaan.

Erika Ender, komposer bersama dengan Luis Fonsi untuk lagu Despacito juga menyatakan kehampaan beliau dengan apa yang berlaku. “Dengan melihat lagu yang saya cipta bersama, tetapi diubah oleh rejim tanpa izin untuk mempromosikan kempen beliau di negara yang rakyatnya sengsara, tidak membuatkan saya gembira.” Tulis beliau di instagram.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here