Jika anda peminat Nando’s, mungkin ini berita baik untuk anda apabila tidak mempunyai masa yang panjang untuk keluar dan makan di restoran Nando’s. Kini anda sudah boleh menempah Nando’s secara online atau hubungi dengan hanya satu panggilan.

Sejak julai tahun lalu, Nando’s memulakan operasi penghantaran pesanan makanan di Manchester. Kemudian di Nottingham pada november. Pada akhir tahun lalu, Nando’s memulakann operasi ini di Malaysia.

Kini, anda boleh memesan makanan anda dengan Nando’s secara online di http://delivery.nandos.com.my/ atau dengan cara menghubungi Nando’s di talian 1300-88-6555. Secara online, anda hanya perlu untuk log masuk, pilih menu, sahkan pesanan dan tunggu makanan sampai di rumah atau ketika anda di pejabat.

Nando’s popular dengan manu ayam grill yang enak dan sihat. Dimakan bersama sos istimewa Peri-Peri yang mempunyai pelbagai perasa. Sedarhana, herban, bawang putih, pedas atau extra pedas. Itkut citarasa anda.

Nando’s diasaskan pada tahun 1987 di pinggir bandar Johannesburg Rosettenville apabila jurutera audio kelahiran Portugis, Fernando Duarte mengambil rakan usahawannya, Robert Brozin bersama-sama dalam restoran ‘takeaway’ Portugis yang dipanggil Chickenland. Mereka menamakan semula restoran Nando selepas anak sulung Fernando.

Pada tahun 2010, majalah Advertising Age menamakan Nando sebagai salah satu daripada 30 jenama pemasaran terhangat di dunia. Sehingga Julai 2014, kumpulan restoran Nando akhirnya dimiliki oleh ahli perniagaan Afrika Selatan Dick Enthoven dan keluarganya. – wikipedia.