Ada orang kata politik adalah kerja untuk orang-orang lelaki sahaja. Wanita sebaiknya berada di rumah untuk menjaga anak. Tetapi jika kita kembali melihat sejarah, isteri Nabi Muhammad, Aisyah juga terjun kedalam kancah politik.

Kisah pertembungan antara Aisyah, Ali dan Muawiyah dalam perang Jamal dan perang Siffin menjadi perbincangan sehingga hari ini. Ketika itu, begitulah benda politiknya. Hujah untuk wanita tidak sesuai untuk terjun ke lapangan politik boleh ditolak kerana Aisyah juga pernah melibatkan diri menyatakan pandangannya.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita dari Rusia, seorang wanita Islam mahu bertanding jawatan presiden Rusia untuk melawan Presiden Putin. Aina Gamzatova, 46, yang mengetuai media Islam terbesar di Rusia – Islam.ru – yang terdiri daripada televisyen, radio dan media cetak, menulis buku tentang Islam, dan menjalankan kerja-kerja amal.

Aina Gamzatova foto- gettyimages

Beliau yang berasal dari Dagestan, telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk melawan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada pilihan raya Mac tahun 2018 pada disember 2017 yang lalu.

Al-Jazeera dalam laporannya ada menemubual beberapa warga Rusia untuk bertanyakan pendapat mereka tentang keputusan Aina Gamzatova untuk bertanding dalam pilihan raya pada mac akan datang.

“Dia cukup berani menggunakan haknya yang sah, yang diberikan kepada setiap warga Rusia, untuk menjadi presiden, dia cukup berani untuk menjalankan kempen pilihanraya yang baik. “ kata, Aisha Anastasiya Korchagina, salah seorang peniaga barangan etnik Rusia dan bekerja sebagai ahli psikologi di Moscow.

Patimat Ibragimova, seorang warga emas yang beragama Islam dari Makhachkala Dagestan menjawab pertanyaan wartawa A-Jazeera tentang wanita Islam tidak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami. “Atau dia boleh dengan mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan untuk kita?”

Presiden Rusia, Vladimir Putin. foto- cdn.theatlantic.com

Suaminya kepada Aina Gamzatova, Akhmad Abdulaev adalah seorang Mufti di Dagestan, antara wilayah yang bermasalah di Rusia dan mempunyai banyak konflik dari banyak puak dan pejuang.

Aina Gamzatova pernah berkahwin dengan Said Muhammad Abubakarov, salah seorang pemimpin Muslim di sana yang beraliran sufi. Beliau meninggal pada tahun 1998, dibunuh dengan meletupkan keretanya. Pembunuhnya tidak pernah dijumpai, tetapi dia secara terbuka mendakwa ia adalah kerja dari kelompok “Wahabi”.

Pencalonan wanita dalam dunia politik bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi kita akan rasa lebih berbangga apabila ada wanita yang berani untuk melayan rakyat dan bekerja sebagai ahli politik.

Angela Merkel, Hillary Clinton Dilma Rousseff adalah antara nama-nama yang pernah disenaraikan oleh Forbes antara 20 wanita yang berkuasa dalam arena politik. Kalau di Malaysia kita mempunyai ahli politik wanita yang dihormati seperti Wan Azizah, Nurul Izzah dan YB Rohani Abd Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.