Pengasas kosmetik Abang Terlajak Laris, Datuk Aiff Syukri berjaya menyiapkan sebuah lagu Abang Nak Tegur dengan gandingan bersama Sajat telah mendapat kecaman dan ‘dislike’ yang tinggi apabila muzik video pertamanya dimuatnaik di youtube.

Selepas itu, beliau hadir dengan versi Abang Nak Tegur 2.0 yang digandingkan bersama isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid. Video kedua ini dilihat berjaya mendapat ‘like’ yang tinggi dan menjadi nombor 1 trending di youtube.

Tetapi muzik video rasmi yang dirakam di Itali dengan versi Abang Nak Tegur 3.0 yang dimuatnaik pada 2 Januari lalu tetap mendapat ‘dislike’ yang tinggi. Iaitu sebanyak 72k selama 4 hari ia ditayangkan.