Bermula pada tahun 2014, Venezuela yang merupakan sebuah negara kaya dengan minyak akhirnya menjadi huru hara disebabkan keruntuhan ekonomi dan nilai mata wang yang susut. Protes, demonstrasi dan kebangkitan dari orang awam bermula di Venezuela disebabkan oleh tahap keganasan bandar, inflasi, dan kekurangan barangan asas yang berlaku di negara ini.

Nicolas Maduro

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro juga diprotes oleh rakyat untuk berundur dan melepaskan jawatan presiden. Rakyat melihat, beliau yang memonopoli ekonomi dan menjual kembali kepada rakyat dengan harga yang mahal. Kekuasaannya sudah menjadi authoritarian dan diktator.

Foto: The New York Times

Daripada negara kaya yang bersih dan cantik, berubah menjadi miskin dala sekelip mata. Miskin adalah sesuatu yang bahaya, ia boleh membawa bencara seperti kelaparan dan mewujudkan sebuah negara yang tidak stabil.

Pembunuhan pelakon dan bekas Miss Venezuela- Mónica Spear, percubaan merogol pelajar kampus Universiti San Cristobal dan hampir 4,000 penangkapan dan 43 kematian termasuk penyokong dan penentang kerajaan. Semua ini berlaku sejak 2014 yang lalu akibat daripada kelemahan ekonomi yang teruk. – wikipedia

Apa yang paling terkesan adalah kelaparan. Makanan yang dicatu, harga yang tinggi dan nilai mata wang yang rendah menyebabkan banyak keluarga tidak menerima makanan yang cukup dan makanan yang mempunyai zat yang tinggi.

Foto: elnuevoherald.com

Perkara ini memberi kesan kepada sejumlah besar kanan-kanan di Venezuela. Kelaparan telah mengorbankan Venezuela dalam waktu 3 tahun ini. Sekarang, ia telah membunuh kanak-kanak pada kadar yang membimbangkan, kata doktor di hospital awam di sana.

“Kanak-kanak tiba dengan keadaan tubuh badan yang kurang nutrisi yang sangat tidak menentu,” kata Dr Huníades Urbina Medina, presiden Persatuan Penjagaan Anak dan Pediatrik Venezuela.

Foto: lapatilla.com

Selama lima bulan, The New York Times mengesan 21 buah hospital awam di Venezuela. Doktor menunjukkan bilangan rekod kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk di setiap hospital di sana. Beratus-ratus telah meninggal dunia.

“Kadang-kadang mereka mati dalam tangan kita disebabkan oleh dehidrasi,” kata Dr. Milagros Hernández di bilik kecemasan sebuah hospital kanak-kanak di bandar utara Barquisimeto. Hospital itu telah mula mendapat peningkatan pesakit yang kekurangan gizi sejak akhir tahun 2016.

Foto: The Seattle Times

Apa yang berlaku di Venezuela perlu diambil iktibar oleh kita semua. Malaysia antara negara pengeluar minyak. Tanda-tanda awal begitu membimbangkan sekarang. Nilai mata wang ringgit yang menyusut teruk.