Tony Giles telah mengunjungi ke 125 buah negara di seluruh dunia secara solo walaupun beliau seorang warga kurang upaya – buta dan pekak.

Beliau yang telah digelar sebagai ‘penjelajah berani mati’, 39, kehilangan penglihatannya pada usia 10 tahun tetapi belajar untuk bersiar-siar sementara berangkat ke sekolah istimewa ketika remaja.

Dia kemudian menetapkan sasaran untuk melawat setiap negara di dunia kerana ia adalah ‘cabaran terbesar untuk orang buta’ melakukan hal yang demikian.

Negara pertama yang beliau kunjungi adalah New Orleans pada mac 2000. Setelah berjaya dengan penggembaraan sulung beliau itu, kemudian beliau teruskan dengan seluruh negeri di Amerika.

Beliau pernah menjelajah ibukota Mali semasa rampasan kuasa tentera dan ditangkap semasa menyeberangi sempadan Ethiopia. Luar biasa.

Dia juga bertemu dengan buah hatinya, Tatiana, seorang wanita Yunani buta, dan telah menulis dua buku di bawah nama penanya ‘Tony the Traveler’.

Beliau dan isteri

Penggembaraannya yang terbaru selama tujuh minggu. Beliau melalui padang pasir Wadi Rum di Jordan dengan menunggang unta sebelum melawat Petra, antara 7 keajaiban dunia.

Dia berkata: “Perjalanan ke New Orleans buat pertama kali dahulu membuat saya menyedari bahawa saya boleh melakukannya sendiri. Saya bersendirian dan tidak tahu ke mana saya pergi dan ia menjadi sangat menggembirakan.”

New Orleans

“Saya menarik nafas dalam-dalam dan memberitahu kepada diri sendiri untuk pergi keluar. Saya menghabiskan lapan atau sembilan hari di New Orleans – menjelajah dan minum. Selepas itu saya pergi ke Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam dalam lawatan selama lima bulan pada 2001-02.”

Walaupun beliau buta dan pekak pada usia yang muda, iaitu ketika berusia 10 tahun. Tetapi beliau boleh mendengar dengan menggunakan bantuan pendengaran digital. Walaupun dengan kekurangan fizikal, beliau tetap lulus dengan ijazah dalam kajian Amerika dari Universiti Northampton pada tahun 2001.

Sejak itu, beliau telah melawat negara setiap tahun sejak lawatannya yang pertama. Perjalanan ke Afrika Selatan, Lesotho, Swaziland, Mozambique, Zimbabwe, Zambia dan Malawi pada tahun 2004-05.

Dia kemudian melawat Iceland dan Sri Lanka pada tahun 2007 diikuti oleh Turki dan Greece pada tahun 2009, di mana dia bertemu dengan teman wanitanya.

Setiap perjalanan dibiayai oleh pencen swasta bulanan yang ditinggalkan oleh ayahnya yang meninggal dunia ketika beliau berumur 16 tahun.

Dalam penggembaraannya di negara-negara yang beliau kunjungi, beliau berbelanja dengan murah. Menginap di hotel bajet dan pengangkutan awam. Beliau menjelaskan, “Saya pergi dengan kapal terbang, kereta api, bas dan bot – tetapi juga mengembara, untuk jarak dekat, dengan keranjang yang ditarik keldai di utara Senegal.”

Daripada penggembaraannya di Jordan, dia kemudian melintasi Jambatan Allenby ke Israel dan tinggal di Jerusalem.

“Di Jerusalem, saya menaiki beberapa bas yang orang ramai gunakan untuk pelancong dan mereka sangat membantu,” tambahnya. “Sesetengah orang datang kepada anda dan membantu anda melintas jalan.”

Pada bulan Mac 2012, beliau melintasi sempadan dari Senegal – di mana rampasan kuasa tentera yang menyaksikan Abdoulaye Wade turun dari peranannya sebagai presiden – dan ke Mali di mana rampasan kuasa tentera juga berlaku.

Tentera Malian menyerang beberapa lokasi di ibu kota Bamako, termasuk istana presiden.

‘Ketika saya memasuki Mali, saya menyedari bahawa tiada siapa yang cuba menyogok saya di sempadan yang tidak biasa dan tidak ada tanda-tanda pelancong,’ katanya.

“Saya tahu sesuatu berlaku ketika saya sampai ke sebuah bandar kecil dan menaiki bas pada waktu malam yang bertujuan membawa saya ke ibu kota, Bamako.”

Lebih 30 orang terbunuh dalam konflik Malian dan ramai yang dilaporkan cedera.

Beliau ditahan di sempadan Ethiopia semasa memasuki Kenya pada awal tahun 2013. Keesokan harinya, dia telah diberikan pasportnya dan pergi ke Addis Ababa, ibukota Ethiopia. Perjalanannya mengambil masa tiga hari dan kemudiannya kembali ke UK.

Beliau akan menghabiskan Krismas di rumah sebelum merancangan lawatan beliau seterusnya pada 2018.

Sumber: www.dailymail.co.uk