Aramm adalah filem dalam bahasa Tamil yang diarahkan oleh Gopi Nayinar. Menampilkan Nayanthara sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai pegawai daerah. Diangkat dari kisah benar tentang kanak-kanak yang terjatuh di dalam lubang yang sedalam 93kaki.

India, walaupun mempunyai wilayah yang luas tetapi rakyat mereka ketandusan sumber. Sejumlah besar dari mereka hidup dalam kelompok miskin dan ekonomi yang sempit.

India mempunyai 1.34 bilion penduduk. Jumlah ini merangkumi 18% penduduk dunia. Mereka akan mengatasi China sebagai negara paling ramai manusia di dunia menjelang tahun 2024. Walaupun begitu, kira-kira 1.1 bilion orang hidup pada kurang daripada $1 (bersamaan RM4) sehari.

Daripada kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris, India mempunyai populasi belia terbesar di dunia. Tetapi potensi dari jumlah populasi yang besar ini belum dapat dilihat sepenuhnya.

Ini kerana, lebih 30% belia di India tidak ada pekerjaan, pendidikan atau latihan kemahiran. Ini yang ingin ditunjukkan dalam filem Aramm yang melakukan penggambaran di pinggiran Chennai, India.

Filem Aramm menunjukkan segala-gala. Kelaparan, dahaga dan kehidupan miskin tegar rakyat India yang kebanyakan dari mereka bekerja sebagai pengecat, pengutip kulit kerang dan penebas hutan.

“The people are goverment”

Menonton filem Aramm akan membuatkan kita sendiri yang merasakan bahang panas dan dahaga yang maha dahsyat. Orang kampung di pinggiran Chennai tidak mendapat hak untuk minum dari air yang bersih.

Mereka perlu menunggang motosikal dan melalui jalan yang sempit di padang yang lalang setinggi pinggang semata-mata untuk mengisi air untuk minum. Itu pun tidak sebersih yang disangka.

Seperti beberapa filem tamil yang lain, filem Aramm begitu berani menunjukkan kebejatan dari kalangan ahli politik. Ahli politik digambarkan sebagai seorang lelaki yang berfoya-foya dengan duit, pemalas, lambat menguruskan kerja dan gila kuasa.

Nayanthara sebagai pegawai daerah dilihat sebagai Tuhan oleh orang kampung. Beliau berani untuk mengarahkan supaya air bersih yang dicuri agar dikembalikan semula kepada rakyat di kampung dan berusaha untuk menyelamatkan budak perempuan yang jatuh ke dalam lubang.

foto: IBTimes India

Nayanthara sebelum ini pernah popular dalam filem Chandramukhi pada tahun 2005 dahulu. Dan filem seram Dora pada pertengahan tahun baru-baru ini.

Chennai adalah salah satu daripada bandar terbesar dan paling ramai penduduk di India dan menduduki bandar raya terbesar ke-31 di dunia dengan penduduk sebanyak 7.088 juta pada 2011. Ia adalah bandar pelabuhan dan dianggap destinasi pelancongan yang besar.

Nada Sewidan dalam blognya, borgenproject.org menulis,

Faktor penyumbang kepada kesinambungan dan pertumbuhan kejiranan miskin ini adalah pembandaran pesat dan pengangguran. Ramai orang berpindah ke bandar dengan harapan mendapat pekerjaan; Walau bagaimanapun, apabila mereka tidak mampu untuk bertahan lagi, akhirnya mereka akan berakhir di kawasan pinggiran miskin di bandar.

Pada tahun 2011, kira-kira 29 peratus penduduk di Chennai tinggal di kawasan kumuh di bandar ini. Di bandar-bandar India yang lainya, pada tahun 2011 sebanyak 30 hingga 40 peratus daripada penduduk yang tinggal di Mumbai dan Kolkota tinggal di kawasan kumuh.

Kawasan kumuh adalah kawasan yang terletak di sepanjang jalan di bandar atau daerah yang penuh sesak dan dihuni oleh penduduk yang sangat miskin.