Susah untuk saya mentafsirkan scene pembukaan filem Justice League yang masih hangat ditayangkan di panggung wayang seluruh dunia. Scene lelaki mengamuk di depan wanita islam yang bertudung di sebuah kedai jual buah-buahan.

Kalau difikir logik, sebenarnya scene tersebut kalau tidak ada pun tidak menjadi masalah kepada keseluruhan plot penceritaan filem ini. Tidak akan menjadi cacat jika dibuang. Tapi kenapa ia dimasukkan (dan diawal filem pula) ini yang menjadi persoalan

Sangat menarik untuk mentafsirkan scene ini. Boleh keluar macam-macam tafsiran, mengikut selera jenis penonton.

Donald Trump

Selepas Trump berjaya menjadi presiden Amerika, beliau tidak putus-putus menjadi perhatian dunia. Kenyataan beliau di twitter, reaksi dan beberapa ucapan beliau yang berbaur kebencian terhadap ‘non-america’ dan kelompok imigrant sangat kuat.

Donald Trump. Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat ke-45 sejak 20 Januari 2017

Semua orang, termasuk penggiat filem juga mempunyai idealisme dan pendirian yang ingin mereka lontarkan kepada penonton. Mungkin scene awal dalam filem Jusice League arahan Zack Snyder ini ingin memberikan solidariti kepada golongan muslim yang hidup minoriti di Amerika.

Pengarah filem: Zack Snyder. (Photo by Mike Coppola/Getty Images)

Reaksi seorang lelaki berkulit putih mengamuk di hadapan wanita islam yang bertudung bersama anaknya itu adalah suatu gambaran sedikit dari banyakkan apa yang semakin teruk di Amerika sekarang.

Obama

Superman yang mati adalah Obama yang sudah tidak lagi menjadi presiden Amerika. Selepas kematiannya, keadaan menjadi huru hara. Kebencian semakin menebal dan ketidakseimbangan berlaku. Ya, tafsiran ini langsung tidak bersifat akademik. Jadi jangan ambil serius.

Barisan pelakon Justice League, Dari kiri: Ben Affleck, Ezra Miller, Gal Gadot, Ray Fisher, Jason Momoa. (Photo by Wikimedia)

Secara keseluruhan filem ini bagus. Jika tidak mempunyai scene di awal filem itu dan beberapa potong dialog yang bagus, mungkin bagi saya filem ini sama sahaja dengan filem fiksyen yang lain dari hollywood.