Backpacker sudah menjadi pilihan untuk anak-anak muda keluar berjalan dan menggembara ke negara orang kerana bajet yang digunakan agak minimum jika nak dibandingkan dengan pakej pelancongan yang sering disediakan oleh syarikat-syarikat travel.

foto, pixabay.

Untuk merancang bajet, kawasan untuk dilawati, tempat-tempat menarik yang dicadangkan, pengangkutan dan penginapan agak rumit bagi mereka yang baru sahaja pertama kali mahu melakukan penggembara secara backpacker bersama rakan-rakan atau lebih mencabar secara solo.

foto, unchartedbackpacker.com

Bila kita ke kedai buku untuk mencari buku panduan yang menulis secara terperinci tempat-tempat untuk dilawati, kebanyakannya harga terlalu mahal dan ditulis dalam bahasa Inggeris kerana buku tersebut diimport dari luar negara.

Kami memilih 6 buku ini yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan di Malaysia untuk menjadi panduan anda menggembara ke negara-negara dengan lebih buat untuk membuat perancangan.

I’m A Backpacker Turkey

Turki adalah negara yang mempunyai nilai asia dan barat di dalamnya. Untuk umat Islam, Turki adalah kawasan yang mempunyai sejarah panjang yang pernah membina empayar dan ketamadunan Islam yang megah. Empayar Uthmaniah dan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh sering menjadi sebab utama kita mahu ke sana dan melihat tinggalan sejarahnya.

Turki juga pernah berada dalam dunia kegalapan. Ketika mana nilai mata wang mereka begitu rendah, bendar penuh sampah dan tiada siapa mahu melancong ke Turki.- Semua ini ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil dalam bukunya, Secangkir Teh Pengubat Letih. Tetapi kebangkitan yang dibuat oleh Erdogan menjadikan Turki seadanya seperti hari ini. Negara yang kuat dan lantang bersuara, nilai mata wang yang tinggi dan ekonomi yang stabil.

Buku ini ditulis oleh Shafiq Shafie. Beliau adalah pelajar yang belajar di Turki. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biomedical Engineering daripada Universiti Erciyes, Kayseri, Turki. Bekerja sambilan sebagai Research Officer di Jejak Uthmaniyyah Tour & Consultant di Turki.

I’m A Backpacker Japan

Jepun terkenal dengan ketetapan masa, disiplin dan beradab adalah 3 perkara utama yang menarik perhatian kita semua. Pengangkutan awamnya (keretapi laju) yang tidak pernah lambat dan cepat walaupun seminit, membuatkan kita terasa sungguh untuk pergi ke Jepun dan rasa sendiri tinggal di sana walaupun hanya sekejap sahaja.

Buku ini ditulis oleh Kamal Zharif. Penulis buat masa sekarang menetap di Jepun sejak tahun 2014. Ketika di Jepun, beliau didedahkan dengan industri pelancongan terutamanya untuk sasaran pelawat Muslim.

I’m A Backpacker United Kingdom

United Kingdom, yang terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland Utara, adalah sebuah negara pulau di barat laut Eropah. England juga adalah tempat kelahiran Shakespeare dan The Beatlesa. Ibu kota London juga terletak di sana, sebuah pusat kewangan dan budaya yang berpengaruh di seluruh dunia. England juga merupakan tapak Stonehenge Neolitik, spa Rom Bath dan universiti tertua iaitu Oxford dan Cambridge.

Shah Kang sebelum ini adalah penulis buku UK Aku Mai. Iaitu sebuah buku travelog yang menceritakan pengalaman beliau di United Kingdom ketika melanjutkan pelajar di sana. Anak kelahiran Perlis ini memiliki PhD dalam Mechanical Engineering dari University of Manchester, UK.

I’m A Backpacker Germany

Kalau sebut Jerman sahaja yang ingat di kepala kita adalah sejarah lampau nazi dan tembok berlin. Kalau anda ke sana untuk menjejaki sejarah Nazi sila berhati-hati kerana tiada lagi Nazi, tiada lagi Hitler di sana. Jerman sudah lama tinggalkan sejarah mereka dan maju bergerak ke depan.

Jerman adalah negara Eropah Barat dengan pemandangan hutan, sungai, gunung dan pantai Laut Utara. Ia mempunyai lebih daripada 2 juta tahun sejarah. Berlin mrupakan ibukota, adalah rumah kepada aktiviti seni dan ‘night life’ yang hidup, Gerbang Brandenburg dan banyak tapak yang berkaitan dengan Perang Dunia ke-II. Munich terkenal dengan dewan Oktoberfest dan birnya, termasuk Hofbräuhaus abad ke-16. Frankfurt, dengan pencakar langitnya, dan juga yang menempatkan Bank Pusat Eropah.

“Selamat datang ke Jerman” kata Khairul Abdullah, penulis buku ini. Beliau pernah tinggal dan bekerja di sana lebih dari 4 tahun dan sudah berpegalaman dengan selok belok dan tempat di Jerman dan Eropah. Beliau mula mengembara ke luar negara ketika berusia 21 tahun dan suka melihat budaya dan cara hidup serta sikap-sikap orang asing. Buku I’m A Backpacker Europe yang seterusnya ini juga adalah buku tulisan beliau.

I’m A Backpacker Europe

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

I’m A Backpacker Korea

Buku yang ditulis oleh Halian Azurin ini Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia juga buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.  
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV?  Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.

Kesemua 6 buku ini diterbitkan oleh Puteh Press. Layari laman web mereka untuk lebih banyak buku dan buat pembelian secara online di sini.