Selepas kita menangis dengan filem Dangal tahun lepas, kali ini filem Secret Superstar akan membuat kita menangis lagi sekali. Filem yang mendapat kerjasama dari Aamir Khan Production ini boleh membuatkan semua penonton berasa gembira, marah dan sedih. Begitulah selalu jika mendapat sentuhan dari Aamir Khan.

Zaira Wasim (kanan) Meher Vij (tengah)

Zaira Wasim dan Meher Vij turut kekal berlakon dalam filem ini dengan watak yang sama iaitu ibu dan anak. Mereka berdua sebelum ini dalam filem Dangal juga memainkan watak yang sama. Malah Meher Vij adalah ibu Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan.

Salah satu scene dalam Secret Superstar

Berbeza dengan Dangal, Aamir Khan dalam filem Secret Superstar tidak begitu menjadi watak yang banyak menakluk footage dan dialog. Secret Superstar betul-betul mengangkat watak ibu dan anak perempuannya dari kampung yang mempunyai impian yang besar kepada dunia.

Aamir Khan ketika mengacarakan rancangan tv – Satyamev Jayate

Filem ini didorong oleh 3 kisah benar yang menjadi tetamu dalam rancangan talk showSatyamev Jayate. Pertama kes keganasan rumah tangga (Domestic Violance). Shanno berjaya membesarkan anaknya dengan bekerja sebagai pemandu bas sekolah selepas kematian suaminya. Kedua kisah inspirasi dari juara golf termuda India, Shubham Jaglan yang belajar 60% bermain golf hanya dengan menonton youtube. 

Maka lahirlah sebuah cerita, seorang ibu dan anak perempuan di kelas menengah, dari bandar kecil India mendapat kuasa oleh alat yang menakjubkan ini (media sosial)  yang menyediakan platform kepada bakat.

Insu/ Insia yang menggunakan youtube dan media sosial untuk mempersembahkan bakat nyayiannya. Dalam masa yang sama beliau berusaha untuk membantu ibunya keluar dari keganasan rumah tangga.

Najma, selagi boleh cuba untuk mempertahankan rumah tangganya supaya anak-anaknya dapat membesar dalam keluarga yang normal seperti orang lain. Ayahnya yang bekerja besar dan berpakaian kasual tetapi membuat keganasan rumah tangga, cukup menarik untuk diperhatikan.

Ada dua scene yang begitu terkesan bagi saya. Satu (1) ketika di lapangan terbang apabila ibu Insu (lakonan Meher Vij) memutuskan untuk bercerai dengan suaminya (lakonan Raj Arjun) apabila sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya yang langsung tidak mendorong minat anaknya untuk menyanyi dengan menyuruh gitar dibuang semata-mata terlebih muatan di kuanter masuk bagasi.

Kedua (2) ketika Insu membuka burka dan jubah apabila namanya dipanggil untuk menerima anugerah di pentas prestij. Beliau sudah bebas dan tidak perlu lagi untuk menutup mukanya kerana takut kepada ayahnya begitu simbolik sekali.

Menarik juga untuk diperhatikan pergerakan latar tempat filem-filem Aamir Khan. Untuk filem Dangal sebelum ini, kebanyakan shooting dibuat di Balali, salah sebuah kampung di Haryana, India. Kali ini dalam Secret Superstar, mereka mengambil tempat di Vadodara (Baroda) dalam kawasan Gujarat, India.

Paparan-paparan ini boleh kita katakan sebagai usaha untuk mempersembahkan budaya setempat di India. Seperti Gujarat yang pernah dikenali sebagai “Tanah Legenda” dan “Permata India” suatu ketika dahulu.

Kalau di Malaysia sekarang, filem-filem Osman Ali dalam kebanyakan filem beliau, boleh kita puji kerana berjaya mengangkat budaya dan keindahan kawasan kampung dengan cinematografi yang cantik. Contohnya, filem Langit Cinta yang berjaya memaparkan budaya, tempat, cara duduk, cara kerja, dengan lakonan mantap Fauziah Ahmad Daud dan Fazura.

Foto, kompas.com

Kalau di Indonesia, kita ada Mira Lesmana dan Riri Riza. Laskar Pelangi, Athirah, Sang Pemimpi, Sekola Rimba, Pendekar Tongkat Emas, filem-filem ini sudah membukti kejayaan dua orang ini. Sang pengarah dan sang penerbit yang mampu melakar budaya Indonesia ke layar lebar.

Kiran Rao, Aamir Khan dan anaknya.
Nandita Solomon dan Dain Said

Kita juga patut memberi penghargaan kepada Kiran Rao (Isteri Aamir Khan) yang bersama-sama menjayakan filem Secret Superstar ini. Sejak 2001 beliau terlibat aktif, Kalau masih ingat filem Lagaan: Once Upon a Time In India. Kemudiaan untuk filem Taare Zameen Par (2007) beliau turut terlibat sama sebagai penerbit. Kalau di Malaysia, diibaratkan seperti Dain Said dan Nandita Solomon yang berjaya dengan naskah Bunohan.