Konflik dan sejarah Ireland dengan pihak British ditayangkan dengan cukup drama dalam filem The Foreigner lakonan Jackie Chan sebagai seorang pengusaha restoran di Landon dan Pierce Brosnan sebagai ahli politik Ireland yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak British.

Martin Campbell

The Foreigner diarahkan oleh Martin Campbell yang sudah banyak kali mengarahkan siri James Bond ketika watak utamanya dilakonkan oleh Pierce Brosnan. Mungkin Campbell begitu minat dengan karya lakonan Brosnan sehinggakan dalam The Foreigner ini pun beliau tetap memilih Brosnan sebagai pelakon utama.

Kejadian letupan bom di Landon mengakibatkan permulaan konflik di awal-awal filem lagi. Walaupun Jackie Chan adalah pelakon utama, dan kita melihat Jackie Chan berusaha menuntut keadilan keatas kematian anaknya dalam letupan bom itu, tapi pada sisi yang lebih penting isu Ireland vs Britain digambarkan dengan sangat berhati-hati.

Ada sesuatu yang menarik. Jackie Chan di situ untuk apa. Mungkin beliau sebagai metafora kepada kekuasaan tanah besar China terhadap beberapa keputusan politik dunia pada hari ini? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tetapi saya beranggapan sedemikian. Ada sesuatu yang tersirat.

Filem ini bukan dibikin mentah-mentah. Kepada penonton yang tidak ambil endah terhadap politik dunia dan sejarah, mungkin bagi mereka filem ini biasa-biasa dan tidak perlu pergi ke cinema untuk menonton, sedangkah filem ini membawa mesej sebaliknya.

Jalan cerita filem ini mudah untuk penonton tangkap dan faham. Letupan bom berlaku di Landon, dan anak Jackie Chan meninggal dalam letupan itu. Jackie Chan berusaha untuk menuntut keadilan keatas kematian anaknya dalam nahas bom tersebut sehingga beliau masuk ke dalam kehidupan Timbalan Perdana Menteri Ireland, lakonan Brosnan.

Tajuk filem The Foreigner:  murujuk kepada Jackie Chan sebagai watak utama. Yang memasuki negara Ireland sebagai seorang pelancong semata-mata untuk bertemu dengan Brosnan bagi mendapatkan senarai nama yang terlibat dalam pengeboman di Landon. 

Paling menarik, filem ini menggunakan istilah ‘terroris’ untuk menggambarkan kepada puak Ireland yang merancang siri pengeboman. Satu sisi lain memperlihatkan kepada kita sesuatu, iaitu perkataan terroris bukan sahaja dijustifikasi kepada puak pelampau Islam sahaja. Filem ini memberi pencerahan yang bagus untuk bab ini. Sangat boleh dipuji.