Baru habis tengok filem ni di iflix. Cerita dia sangat mudah tetapi akhirnya ia tergantung dengan persoalan. Ini memberi peluang kepada penonton untuk masing-masing memberi andaian – what happen next?

Scene bermula di dalam keretapi. Mereka melakar era Post-apokalips iaitu 17 tahun selepas bencana alam yang teruk berlaku, hanya tinggal sebahagian manusia yang hidup di atas keretapi yang meluncur laju tanpa henti. Tiada siapa tahu bila kesejukan dunia bakal berakhir.

Kesejukan ini juga berlaku akibat dari tangan-tangan manusia juga. Apabila global warming berlaku pada 2014, manusia mencipta alat untuk diletupkan di atas lapisan atmosfera supaya dapat menghalang cahaya matahari tapi sebaliknya yang berlaku apabila kesejukan melampau mula berlaku kepada seluruh dunia.

Gerabak keretapi menjadi kehidupan manusia yang tidak terhubung. Di dalamnya pengkelasan masyarakat berlaku. Penghinaan dan pembunuhan. Yang kaya berada pada gerabak paling depan dengan kemudahan air dan makanan yang sihat manakala miskin berada di belakang dan tidak diberikan keperluan makan minum dan tempat tidur yang baik. Hujahnya cuma satu untuk menjaga ekosistem supaya semua manusia yang tinggal dapat meneruskan hidup. Hakikatnya itu adalah ketidakadilan.

Octavia Spencer

Octavia spencer dalam filem ini boleh menang anugerah pelakon pembantu wanita terbaik. Wataknya sebagai wanita yang bertahan semata-mata demi anaknya Tammy begitu menyanyat hati.

Chris Evans

Chris Evans sebagai teraju utama lebih bagus lakonannya jika mahu dibandingkan dengan filem-filemnya sebelum ini. Fantastic 4 sebagai contoh.

Tilda Swinton

Tilda Swinton melakonkan watak menteri yang bekerja untuk Wilford, pengasas Wilford Industri dan dialah yang telah mencipta keretapi api ini dari sebuah angan-angan pada waktu kecilnya. Sebagai watak antagonis, Tilda berjaya melakonkannya. Ia membuatkan kita benci dan beliau patut dibunuh!

Filem ini adalah filem kerjasama dua buah negara, Amerika dan Korea. Go Ah-Sung sebagai Yona menjadi orang penting dalam filem ini. Persoalan ‘what next will happen’ berada dalam kepada Yona yang kita semua mempunyai andaian masing-masing di penghubung cerita.

Go Ah-Sung dan Song Kang-Ho

Song Kang-Ho sebagai Namgoong Minsu, seorang pakar elektirk. Beliau punca untuk meletupkan keretapi ini dengan andaian ais makin cair dan kehidupan di bumi akan berlangsung dengan baik pada masa depan. Tapi akhirnya beliau mati, tidak sempat untuk mengecapi apa yang beliau rencanakan.

Penting untuk lihat siapa pengarahnya sehingga filem ini begitu bagus dari naratif dan persoalan-persoalan yang diangkat untuk penonton menikmati dan berfikir. Bong Joon-Ho dari korea selatan adalah pengarah filem ini. Beliau sudah banyak kali menerima anugerah-anugerah besar dan filem-filemnya sebelum ini seperti Okja, The Host, Sea Fog, Memories of Murder, Incoherence menjadi perhatian pengkritik filem.