dUCk Group sebelum ini hanya mengeluarkan produk seperti tudung dan selendang dengan gaya urban, warna yang cantik dan menarik serta mampu dimiliki oleh mereka yang sentiasa bergaya dan mereka yang menghargai kemewahan dalam kehidupan. Tentu saja, harganya tidak begitu murah.

Vivy Yusof melalui dUCk Group kali ini mempertaruhkan sesuatu yang besar. Beliau telah melancarkan dUCk Cosmetics semalam yang menawarkan warna dan tone yang sangat menarik dan memenuhi citarasa wanita masa kini.

Lip gloss, matte lipstik, eyeshadow dan makeup remover menjadi produk utama yang berjaya dilancarkan semalam. Kesemuanya mempunyai daya tarikan yang tersendiri serta mampu membuatkan wanita di luar sana ingin memilikinya.

Selepas berjaya dengan tudung jenama dUCk yang diilhamkan sendiri oleh Vivy, kemudian tuala dan barangan bilik mandi serta beberapa barangan alat tulis , kini dUCk Group melangkah satu lagi ke depan untuk mencuba sesuatu yang baru dan funky.

dUCk Cosmetics dilihat bakal digilai oleh wanita di luar sana yang gemar berfesyen dan berdandan. semua sedia maklum kehadiran Instagram memberikan impak yang besar kepada dunia fesyen. Video-video yang menjadi trending kebanyakannya adalah tutorial makeup.

Vivy Yusof adalah seorang usahawan dan pengasas bersama Fashion Valet dan The DUCk Group. Vivy adalah seorang yang aktif blogging selama 10 tahun dan telah berkongsi perjalanan hidup dan keusahawanannya di http://www.proudduck.com.

Dia dan suaminya, Fadzarudin Anuar, memulakan bisnes Fashion Valet (FV) pada tahun 2010. laman web e-commerce: fashionvalet.com yang membawa para pereka tempatan yang lebih menarik dan lebih mesra kepada pengguna. Mereka berdua membangunkan perniagaan ini selepas tamat belajar dan pulang dari London selepas melihat Malaysia belum lagi mempunyai cara membeli pakaian ‘rtw’ secara online.

Vivy dan Fadza. Foto: assets.theedgemarkets.com