Annabelle : Creation , filem seram arahan  David F. Sandberg  yang dikaitkan dengan boneka iblis ini juga muncul dalam filem The Conjuring. Namun, Annabelle : Creation ini adalah filem yang seram tetapi fun. Filem prekuel  ini tampil lebih baik berbanding filem sebelumnya dimana filem ini lebih banyak elemen kejutan yang membuatkan para penonton tidak senang duduk.

Lulu-Wilson-as-Linda-in-Annabelle-Creation

Yang tidak menyeronokkan tentang Annabelle: Creation boleh dikatakan plot ceritanya di awal tayangannya agak perlahan. Tetapi pengarahnya menggunakan minit-minit awal untuk mengukuhkan plot cerita. Ia memperkenalkan watak satu per satu yang memainkan peranan penting dalam filem ini.

Watak seperti Linda yang setia kepada kawannya, Jenice yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi walaupun kakinya cacat serta jururawat yang menjadi penyelamat kepada anak kecil di dalam filem ini walaupun dimatikan dengan cara yang tragis.

ca0ee6c601d1e9f0e41e8cc0c71693c0-2400

Pengarahnya menggunakan objek untuk dijadikan gimik kepada keganasan roh Annabelle contohnya seperti kerusi automatik di tangga bagi memudahkan untuk naik ke tingkat atas serta ruang-ruang rahsia yang luas.

Di pertengahan dan pengakhiran cerita akan memberi kejutan dan mimpi seram kepada penonton yang datang ke pawagam. Elemen kejutannya kian sengit dan penggunaan sinemotografi yang hampir sempurna membuatkan filem ini jauh lebih baik daripada filem sebelumnya.

Bagi anda yang kecewa dengan filem Annabelle yang pertama, prekuel filem ini patut ditonton  bagi mengubati kekecewaan itu. Annabelle: Creation memberikan harapan yang besar kepada kesinambungan filem-filem yang bakal keluar oleh Conjuring Universe.