Ibnu Khaldun banyak menulis pada abad ke-16 tetapi karya beliau tidak berkembang sehingga abad ke-20. Hal ini berlaku disebabkan oleh golongan intelektual sudah dipandang sepi tanpa fungsi oleh sebahagian besar masyarakat.

Menulis adalah kerja untuk masa depan. Kerja menulis dan menyampaikan maklumat tidak berorientasi untuk jangka masa pendek. Begitulah yang berlaku kepada Karl Marx dan buah fikir beliau. Kerja menulis yang dilakukan oleh Marx berhasil untuk tahun-tahun kedepan. Malah sehingga kini, kita tetap membincangkan karya tulis beliau.

Syed Hussein Alatas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun menulis, susah untuk kita menghuraikan fungsi intelektual secara lengkap kerana kita tidak membahaskan gejala yang dapat digolongkan pada pola atau perilaku para intelektual. Mereka tidak seperti doktor yang sudah jelas fungsinya untuk merawat orang yang sakit.

Kerja intelektual adalah kerja untuk memandaikan bangsa. Sejak berabad lamanya kerja ini diusahakan dari zaman ke zaman. Kita perhatikan bagaimana Socrates, Plato dan Aristotles menjadi perhatian di kalangan masyarakat barat sejak abad kelima dan terus berkembang sehingga sekarang.

Siapa yang boleh dikategorikan dalam kelompok yang dinamakan dengan ‘Intelektual’ ini? Syed Hussein Alatas menghuraikannya dengan memberikan enam ciri yang menjuruskan kepada kelompok yang digelar intelektual:

  1. Mereka direkrut dari segala kelas sekalipun dalam proporsi yang berbeza
  2. Mereka boleh ditemui dalam kalangan pendukung atau penentang berbagai-bagai gerakan kebudayaan atau politik
  3. Mereka pada umumnya bukanlah pekerja tangan dan sebahagian besarnya menjadi penulis, dekan penyair, wartawan dan sebagainya
  4. Sampai batas tertentu mereka agak menjauhkan diri daripada masyarakt, selebihnya bergaul dalam kelompoknya sendiri
  5. Mereka tidak hanya tertarik dari segi pengetahuan teknikal dan mekanikal semata-mata, malah idea-idea tentang agama, kehidupan yang lebih baik, seni, rasa kebangsaan, ekonomi terancang, kebudayaan dan yang sejenisnya termasuk dalam dunia pemikirannya.
  6. Golongan intelektual sentiasa merupakan bahagian kecil dari masyarakatnya.

Banyak masalah yang timbul dari sehari ke sehari, pergaduhan atas pertikaian idea dan perbezaan pendapat adalah berpunca daripada sikap yang melampau dalam sokongan keatas ahli politik. Apabila golongan intelektual  dipinggirkan dan karya-karya besar mereka kita tinggalan, apa yang ada hanyalah kekuasaan dan amarah.

Gambar: themalaymailonline.com ketika forum Nothing to Hide 2.0

Tulis Syed Hussein lagi, Intelektual merupakan orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliahnya.

Sikap melampau adalah gejala yang paling bahaya dan dapat membunuh jutaan manusia. Ini dibukti dengan sejarah silam dan sejarah yang sedang dibangunkan di syria. Suka untuk diberitahu juga, golongan intelektual adalah seorang yang mempunyai kemandirian yang tinggi. Mereka tidak menempel di sisi politikus. Dalam artikel seterusnya, kita akan bincangkan pembahagian para intelektual.