Hari 1: 3 Ogos 2015

Kelantan – Butterworth: RM 38.20

Hari 2: 4 Ogos 2015

Butterworth – Georgetown (naik feri): RM 1.20 (untuk pergi dan balik semula ke Butterworth)

IMG_2126

*Georgetown – Pusing-pusing pulau pinang: FREE (ambil bas yang bertanda CAT yang free yang sudah ditetapkan hanya melalui laluan-lauan yang popular di penang)

*Jika mahu ke Street Art Penang, berhentilah di Kampung Kolam, dari situ anda boleh berjalan-jalan sekitar untuk mencari-cari tempat-tempat yang dilukis dengan gambar-gambar yang berseni.

IMG_2159IMG_2161

Kampung Kolam – Terminal Feri: FREE (Bas CAT)

KTM Butterworth – Bangkok: RM112 (harga untuk pergi sahaja)

*Keretapi dari Thailand delay sehingga pukul 3.30pm, yang sepatutnya bertolak pada pukul 2pm

HARI 3: 5 Ogos 2015

*Sampai di bangkok pukul 12.35pm (masa thailand). Masa malaysia 1.35pm (awal satu jam daripada Thailand).

IMG_2209

gambar diambil dari Ahmad Aizzuddin, teman seperjalanan di Bangkok

IMG_2213

Stesen keretapi Bangkok, Hua Lamphong

Stesen Keretapi Bangkok – MRT Hua Lamphong: FREE (berjalan kaki dalam bangunan yang sama)

IMG_2228

MRT Hua Lamphong – MRT Sukhumvit: 28 Thai Bath (B)

IMG_2231

cari, cari dna terus cari. Itulah perkara yang dilakukan dalam travel

MRT SUkhumvit – BTS Asok: FREE (berjalan kaki dalam bangunan yang sama)

BTS Asok – BTS Nana: 8 B

IMG_2237

BTS menggunakan kad, manakala MRT menggunakan token. Kami sampai di BTS Nana pada pukul 1.35pm (masa thailand)

BTS Nana – The Blocks Hostel: FREE (berjalan kaki dalam 300 meter dari stesen)

*The Blocks Hostel700 B + (deposit kunci 100 B dan akan dapat semula deposit selepas check out) ini harga untuk 2 malam.)

IMG_2532

The Blocks Hostel – BTS Asok: FREE (berjalan kaki dalam 200 meter)

BTS Asok – BTS Saphan Taksin: 42 B

BTS Saphan Taksin – Medan Selera Bangkrak (nasi goreng ayam): 40 B, (air mineral): 10 B

IMG_2294
Medan Selera Bangkrak – Masjid Ban Oou (solat jamak asar-zuhor): FREE (berjalan kaki dalam 100 meter)

IMG_2288IMG_2292IMG_2293

Medan Selera Bangkrak – Masjid Ban Oou (solat jamak asar-zuhor): FREE (berjalan kaki dalam 100 meter)

IMG_2281

Masjid Ban Oou – Jeti Chyo Phrya Boat Ekspress: FREE (berjalan kaki dalam 300 meter)

Jeti Chyo Phrya Boat Ekspress – Stesen 8 Tha Thien (ambil boat warna oren): 20 B

IMG_2318

Stesen 8 Tha Thien – Wat Arun (naik boat di sebelah Stesen 8): 3 B

IMG_2361

Wat Arun dalam proses penyelenggaraan. Tidak dapat naik ke atas sebab masanya hanya 8am-6pm sahaja. Kami sampai lewat. Sayangnya…

IMG_2366

Menunggu bot sampai untuk ke Wat Arun.

IMG_2390

Wat Arun dari pintu masuk

IMG_2389

Wat Arun dari tepi

Wat Arun – Stesen 8 Tha Thien: 3 B

IMG_2424

Grand Palace

IMG_2441

Grand Palace juga kami tidak dapat masuk, kerana sudah malam. Untuk masuk ke Grand Palace, ada bayaran, kalau tidak salah dalam 400 bhat

IMG_2475

Stesen 8 Tha Thien – Kawasan Sekitar: Grand Palace, Kementerian Pertahanan (lihat merian asal patani yang asli dipamerkan di sini), dan banyak tempat menarik di sekitar: FREE (hanya berjalan kaki)

IMG_2462

Di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan ini tersimpan dan dipamerkan meriam yang dihasilkan oleh zaman ‘Ratu-ratu’ yang memerintah Patani. Meriam dirampas apabila patani jatuh ke tangan siam. Meriam yang terdapat berdekatan masjid kerisik adalah meriam tiruan yang dibina semula mirip-mirip. Itupun sudah dirosakkan rakyat kerana rakyat mahu diletakkan yang sebenar di wilayah patani sekarang. Kerana waktu sudah malam, maka gambar tidak jelas untuk mengambil meriam patani dengan lebih dekat. Maaf.

IMG_2467

Kawasan Tha Thien – Khaosan Road: FREE (berjalan kaki 500 meter)

IMG_2511

Khaosan road yang tidak mati diwaktu malam. Sebagai muslim, tiada apa makanan yang halal ditemui di sekitar ini, tetapi untuk shopping, di sini adalah lebih murah berbanding kawasan-kawasan lain, termasuklah jika mahu mengurut kaki.

Khaosan Road – Democracy Monumen: FREE (berjalan kaki 300 meter)

IMG_2499

Democracy Monumen – The Blocks Hostel: 20 B (naik bas nombor 2 atau 511. tunggu bas di jalan yang menghala dari khaosan road ke domocracy monument. Turun di bus stop nombor 12: sukhumvit soi)

Bus stop 12 – The Blocks Hostel: FREE (berjalan kaki 300 meter)

 

HARI 4: 6 Ogos 2015

The Blocks Hostel – MRT Sukhumvit: FREE (berjalan kaki 300 meter)

MRT Sukhumvit – MRT Hua Lamphong: 28 B

MRT Hua Lamphong – Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong: FREE (berjalan kaki 200 meter dalam bangunan yang sama)

IMG_2549

IMG_2548

*Sarapan di Medan Selera Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong (nasi goreng ayam): 45 B, (air mineral): 10 B

Stesen Keretapi Bangkok – Stesen Ayutthaya: 15 B

Stesen Ayutthaya – Kedai sewa motor: FREE (berjalan kaki 100 meter)

*Sewa motor: 150 B (harga sewa ini sehingga 7pm sahaja)

*Minyak motor: 20 B

IMG_2672IMG_2622

Stesen Ayutthaya – Stesen Bangkok: 15 B

*Solat jamak asar-zuhor dan maghrib-Isyak di surau stesen bangkok.

Stesen Bangkok – MRT Hua Lamphong: FREE

MRT Hua Lamphong – MRT Samyan: 16 B

MRT Samyam – MBK Mall: FREE (berjalan selama 17 minit)

IMG_2784

*Makan malam di medan selera MBK Mall (tingkat 6): (nasi kuning, ayam dan sup) 45 B, (air mineral): 10 B

MBK Mall – BTS Siam: FREE (berjalan kaki menyusuri pasar malam di sekitar, ambil masa dalam 20-30 minit sebab orang terlalu ramai)

IMG_2793

BTS Siam – BTS Asok: 28 B

BTS Asok – The Blocks Hostel: FREE (berjalan 300 meter)

HARI 5: 7 Ogos 2015

The Blocks Hostel – Terminal 21 Mall (Bangunan yang sama di BTS Asok dan MRT Sukhumvit): FREE (berjalan kaki 300 meter)

IMG_2826

*Sarapan di Terminal 21 Mall (tingkat 5): (Nasi Ayam) 40 B, (Sup Ayam) 40 B, (air mineral) 10 B

BTS Asok – BTS Ratchthewi: 31 B

IMG_2885

BTS Ratchthewi – Masjid Darul Aman (Solat Jamak Zuhor-Asar): FREE (berjalan kaki dalam 200 meter)

IMG_2897

*Singgah di Kedai Makan Farida Fatornee makan pulut magga: 100 B (pulutnya agak mahal harganya tetapi rasanya sungguh sedap, inilah pulut mangga paling sedap pernah dirasa)

IMG_2893

IMG_2408

Seperti inilah wajahnya ‘tuk-tuk’

Farida Fatornee – Stesen Keretapi Bangkok, Hua Lamphong: 60 B (naik teksi

‘tuk-tuk’)

Keretapi Bangkok – Butterworth, Penang: 1120 B

*Bertolak pukul 2pm dari stesen keretapi bangkok, hua lamphong.

Hari 6: 8 Ogos 2015

*Beli sarapan (bungkus) di kantin stesen padang besar selepas selepas urusan pasport: (Nasi putih, lauk ayam) RM4.50, (Air mineral) Rm1.50

Butterworth – Georgetown, Penang: RM 1.20 (naik feri)

*Georgetown – Pusing-pusing pulau pinang: FREE (ambil bas yang bertanda CAT yang free yang sudah ditetapkan hanya melalui laluan-lauan yang popular di penang)

Georgetown – Komtar Pusat (Stesen 9)

*Beli tiket bas balik ke Kelantan: RM 45 (ekspress perdana), tetapi perlu naik di Terminal Bas Sungai Nibong.

Kompat Pusat – Chowrasta (Stesen bas 12): FREE (Bas CAT)

*Makan (cendol ais kacang): RM 2.20, (laksa penang): RM 3.50, (samosa) RM 1.50 x 2 = RM 3. Penang popular dengan durian ‘musang king’, kalau ada duit lebih bolehlah untuk cuba, harganya agak mahal sebab kualiti duriannya sungguh baik.

IMG_2982

Laksa penang. Sedap sungguh! Rasa ini tak sama dengan laksa penang yang saya pernah makan di Kelantan. Saya tanya apa rahsianya, kata tauke sebab ikan banyak. Saya tambah, mungkin juga sebab otak udang kan.

IMG_2981

Cendol ais kacang.

IMG_2987

*Sebelah chowrasta ada jugal kedai yang jual jeruk pak ali jika anda berminat untuk mendapatkan jeruk pak ali. Memang sedap, makannya tidak akan sakit tekak.

Chowrasta – Kampung Kolam (Stesen 15): FREE (Bas CAT)

*Solat Jamak Asar-Zuhor di Masjid Kapitan Keling. Hanya ambil masa 5 minit berjalan ke masjid dari tempat turun di Kampung Kolam

IMG_2171IMG_3015

Masjid Kapitan Keling – Komtar: FREE (berjalan kaki selama 15 minit)

Komtar – Sungai Nibong: RM 2 (ambil bas rapid Penang 303, pada pukul 7pm. Berjalanan ambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Sungai Nibong)

IMG_3022

Sungai Nibong – Kelantan: Bertolak pukul 9 malam.

Hari 7: 9 Ogos 2015

*Sampai di Kota Bharu pada 4.30am

*Jumlah semuanya RM522.13 anda sudah boleh mengembara di Bangkok dan Penang. Malah lebih murah dari itu lagi jika anda seorang yang tidak memerlukan makanan yang berat seperti nasi setiap kali tibanya waktu makan.

*Semua gambar yang dimuatkan di sini adalah hasil dari penulis dan (gambar-gambar yang mempunyai muka penulis diambil oleh temannya, saudara Ahmad Aizzuddin). Terima kasih.