Kita sering kali silap dalam menilai tahap ‘bagus’ seseorang manusia. Dari kecil anak-anak diukur bagus atau tidak dengan berapa A yang beliau akan perolehi dalam peperiksaan. Dari sekolah rendah lagi kita sudah mempunyai peperiksaan untuk anak-anak.

Maka bermula dari darjah satu sampailah ke SPM, fokus anak-anak adalah mengenai belajar untuk masuk peperiksaan dan mendapatkan banyak A. kalau sikit A, kita akan dikutuk dalam kalangan saudara mara, jiran tetangga dan lebih terus dari kalangan adik-beradik sendiri.

Ustaz Hasrizal Abd Jamil dalam blognya pernah menulis,

“Pembodohan tidak akan bertanda dengan gred D atau E. Pembodohan ialah kebolehan mendapat A di dalam peperiksaan, tetapi masih gagal mencari, memahami dan mempertahankan KEBENARAN.”

Apa yang menarik dengan filem Bad Genius?

Menariknya filem ini apabila memberi persoalan kepada penonton bagaimana ibu bapa melihat gred peperiksaan lebih tinggi daripada menanam sifat yang baik untuk anak-anak. Pelajar akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan markah yang tinggi di dalam peperiksaan supaya dapat memberi kepuasan kepada ibu bapa.

http://www.fdb.cz

Filem ini merakam seorang pelajar sekolah menengah yang genius, Lynn (Chutimon Chuengcharoensukying) dan membuat wang selepas membangunkan kaedah rumit untuk membantu pelajar lain menipu di dalam pepriksaan.

Kejadian meniru di dalam peperiksaan tidak akan berlaku melainkan ia hadir dari tekanan untuk menjadi lebih bagus daripada orang lain. Paling teruk, kita sudah ditanam untuk bersaing dan sejak dari sekolah rendah lagi.

Kaedah menilai dari peperiksaan ini akan membuatkan pelajar dari kelas corot yang mempunyai potensi dalam bakat lain akan terkubur begitu sahaja. Mungkin kita patut berterima kasih kepada rancangan realiti seperti Amerika Got Talent. Haha